Pengalaman Temuduga SPA Separa Perubatan

View previous topic View next topic Go down

Pengalaman Temuduga SPA Separa Perubatan

Post  Admin on Sun Dec 26, 2010 5:27 am

Pagi ni 17 Oktober 2010, aku telah pergi ke Institut Perguruan Guru di Pengkalan Chepa Kelantan untuk menghadapi temuduga SPA untuk

1)latihan penolong pegawai perubatan
2)latihan penolong pegawai farmasi
3)latihan juruteknologi makmal perubatan

Pagi tu aku dengan segaknya bertai merah, berbaju kemeja Polo putih dan berseluar hitam dengan rambut tercacak macam duri bersiap sedia berjalan ke arah pendaftaran untuk menduduki peperiksaan. On the way pergi dewan tu, terserempaklah dengan bakal-bakal cikgu yang comel lote. Dorang semua nak ke kuliah, aku sempat melemparkan senyuman kepada beberapa orang kakak kat situ sebab senyuman satu sedekah.

Sampai je kat dewan peperiksaan tu, jam baru 7.50 pagi. Ah, awalnya..Aku terpaksa tunggu calon lain sampai, tak de la ramai sangat yang datang. Lepas tu terus register dengan membawa surat tawaran temuduga. Dalam jam 8.10 pagi, aku diarah masuk dewan. file yang ada sijil atau beg boleh dibawa masuk.

Tengok soalan, ades..227 soalan! semua tanya tentang minat. Masa 40 minit. Aku pun terus menjawab dengan laju dan lancar sebab soalan memang mudahla. Ni contoh soalan yang ditanya.

Pandai Membaiki alatan elektrik?
A. Ya B. Tidak

Berminat jadi Doktor?
A. Ya B. Tidak

Pandai Bermain alat muzik?
A. Ya B. Tidak

Tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. What the hell?? Bukan ada soalan matematik pun! cuma jawab ya atau tidak. Satu lagi tidak dibenarkan menconteng kertas soalan sebab dorang nak bagi dekat calon lain pula. Aku siap dalam masa 25 minit sahaja.

Lepas tu diberi rehat 30 minit sebelum temuduga. Peperiksaan Sahsiah dibatalkan sebab kesuntukan masa. Untung juga start lambat exam ni Smile . semua calon memang best gile la tak kena exam untuk sahsiah, cuma minat je. Aku terus ke bilik temuduga dan diberi nombor 5.

Kenapa nombor 5? dorang susun ikut susunan abjad nama korang. Kalau nama Abdul memang kena first la dan kalau nama Wan memang last sekali. haha! jadi kepada bakal ayah dan ibu kat luar sana, sila letak nama anak anda bermula dengan A agar dorang kena awal kalau temuduga atau apa-apa exam. Bila dorang kena awal, baru dorang tak nervous dan korang boleh balik awal.

Dalam sejam lebih tunggu, nama aku dipanggil. Memang nervous gila babeng. aku duk depan pintu tunggu dia panggil. Depan pintu memang mengucap dan ayat kursi jadi peneman untuk kurangkan nervous. Aku masuk bila nama aku dipanggil dan aku selambe je masuk dengan salam tapi tanpa tutup pintu. haha! pegawai tu cakap “Sila tutup pintu, aku sepak kang” gurau je.

Lepas tu, masa nak duduk aku dengan sopan santunya bertanya “boleh saya duduk”. jawabnya “duduklah”. ikuti temuduga di bawah

Pegawai SPA 1- perkenalkan diri anda?
aku – aku bagitahu nama dan terus ke latar pendidikan

Pegawai SPA 1 – dalam 3 tawaran yang anda dapat, anda nak yang mana satu?
Aku – saya berminat dalam juruteknologi makmal perubatan

Pegawai SPA 1- boleh beritahu tugas?
Aku – blah…blah…blah (boleh jawab je)

Pegawai SPA 1- boleh beritahu risiko juruteknologi makmal perubatan?
Aku – blah..blah..blah (boleh jawab je)

Pegawai SPA 1- boleh beritahu kat mana juruteknologi makmal bekerja?
Aku – blah..blah..blah (boleh jawab je)

Pegawai SPA 1- boleh beritahu pakaian yang dipakai juruteknologi makmal?
Aku – serba putih, pakai mask dan pakai kot sampai aras lutut (aku mana pernah jumpa juruteknologi jadi aku hentam)

Pegawai SPA 2 – kalau saya bagi awak pegawai pembantu perubatan, awak terima?
Aku – terima je sebab bidang tetap sama iaitu perubatan

Pegawai SPA 2 – berapa kali dah awak buat kad pengenalan?
Aku – hehe, sorry kali kedua sebab kad pengenalan masuk mesin basuh jadi cip rosak

Pegawai SPA 2 – awak tahu pasal penyakit kencing tikus?
Aku – (aku memang tak tahu la kan jadi aku teringat dekat arwah din beramboi jadi aku cakap) penyakit yang kena dekat artis nama din beramboi tu kan?

Pegawai SPA 2- betul lah tu, saya nak tahu awak tahu ke tak pekembangan semasa je dan apa slogan KKM?
Aku – dengan lajunya menjawab kami sedia membantu

Pegawai SPA 2 – siapa menteri kesihatan?
Aku – disebabkan nervous aku jadi tak ingat. dalam seminit aku recall aku ingat! hehe jadi leh jawab

Pegawai SPA 2 – siapa timbalan menteri kesihatan?
Aku – Dato Rosnah Shirlin dan entah apa-apa lagi

Pegawai SPA 2 – kalau saya beri tugas pegawai pembantu perubatan apa tugasnya?
Aku – dengan selamba memberi jawapan sebab aku memang dah hafal.

Pegawai SPA 2 – di mana tempat kerja pembantu perubatan?
Aku – blah..blah…blah (boleh jawab)

Pegawai SPA 2 – apa pakaian pembantu pegawai perubatan dan apa bezanya dengan pembantu makmal perubatan?
Aku – memang aku agak kurang tepat jawapan tapi di guide oleh pegawai SPA 1

Pegawai SPA 2 – okey, kalau awak tak dapat SPA ni, awak nak buat apa?
Aku – saya akan sambung study

Pegawai SPA 2 – tell me about your best friend?
Aku – fuh, speakingla pulak..aku pun speakingla sampai abis

Pegawai SPA 2 – how you keep contact with your friend?
Aku – internet dan phone

Lepas tu aku diminta keluar dan aku tersenyum bila semua jawapan dapat jawab dengan lancar dan di kertas penilaian pun aku sempat intai semua bagus kecuali satu je sederhana. hehehe..

Admin
Admin

Posts: 5
Join date: 24/12/2010

View user profile http://paramedik.logu2.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum