Apa Itu Jurukteknologi Makmal Perubatan?

View previous topic View next topic Go down

Apa Itu Jurukteknologi Makmal Perubatan?

Post  Admin on Sat Dec 25, 2010 10:25 pm

Apa itu juruteknologi makmal perubatan (medical lab technician)?



MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) bekerja dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di makmal ini, JTMP menjalankan analisis darah, cecair badan, sel-sel dan tisu. Tugas mereka ialah membantu para doctor menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang tepat.JTMP membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan.

Apa subjek yang akan diambil oleh pelajar Diploma juruteknologi makmal perubatan?

Tempoh latihan adalah selama 6 semester atau 3 tahun

Sains asas – Biologi, Kimia, Anatomi, Imunologi, Biostatistik
Sains perubatan – Biokimia klinikal, Mikrobiologi Perubatan, Hematologi, Sains Transfusi Darah, Sitologi & Histologi

Tangga Pekerjaan

Berdasarkan kajian pekerjaan terbaik di seluruh dunia, Juruteknologi Makmal Perubatan menduduki tangga ke 16 daripada 250 pekerjaan, dan tangga ke 3 dalam bidang sains kesihatan

Kesimpulan

Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.Jika impian anda adalah untuk menjadi seorang JTMP atau Saintis Klinikal, Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk bersama-sama kami menyertai Diploma dalam program Juruteknologi Makmal Perubatan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU)

Admin
Admin

Posts: 5
Join date: 23/12/2010

View user profile http://paramedik.logu2.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum